Lombong emas haram di Kelantan

Samun 11 dulang emas RM1 juta
July 15, 2012
Many people who buy jewellery abroad don’t realise that these are made in Malaysia
July 18, 2012
Show all

Lombong emas haram di Kelantan

Nik Aziz akui sedar wujud lombong emas haram di Kelantan
NIk Aziz

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengakui beliau menyedari wujudnya kegiatan menceroboh lombong emas di negeri ini seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan minggu lalu.

Beliau berkata, berhubung perkara tersebut pegawai berkenaan sudah diarahkan bertindak untuk melakukan siasatan berkaitan pencerobohan itu.

“Saya sudah lama sedar perkara ini, memang kita tahu dan  saya ke hutan tersebut sebanyak dua kali.

“Sejak setahun lalu saya jumpa ada orang mengayak emas dengan tangan, dan akhir-akhir ini lebih berani menggunakan jentera,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu beliau menyempurnakan penutup Seminar Pengukuhan Integriti Politik Kepimpinan Muslimat Pas Kelantan.

Nik Aziz juga Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli ketika ditanya mengenai tindakan susulan yang dilakukan, belia menjelaskan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan akan menyiasat perkara itu.

“Tindakan seterusnya diserahkan kepada PTG dan mereka mesti bertindak. Saya meminta semua sekali mesti ikhlas,” katanya.

Nik Aziz juga menjelaskan wujudnya dakwaan terhadap Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana diamanahkan dan baginya pihak tidak bertanggungjawab itu akan menanggung dosa mereka.

“Tidak berbaloi dapat emas yang banyak, akhirnya di akhirat nanti masuk neraka, tiada gunanya dan ikhlas kerana ALLAH SWT perlu ditanam di
dalam hati,” katanya.

Rabu lalu, laporan media mendakwa berpuluh-puluh tapak lombong emas haram dikesan melibatkan beberapa kawasan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-akui-sedar-wujud-lombong-emas-haram-di-kelantan-1.66751