CCTV rakam rompakan kedai emas

Bank Negara: Some gold investments are just Ponzi schemes
September 7, 2012
Report … Kilo of gold exceeds 57,000 dollars for the first time in six months
September 18, 2012
Show all

CCTV rakam rompakan kedai emas

GAMBAR CCTV menunjukkan seorang lelaki menunggu di luar kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput pada 3 September lalu untuk memantau keadaan (kiri) manakala imej kanan menunjukkan tiga rakannya yang keluar sambil membawa hasil rompakan.

 

IPOH – Siasatan berhubung satu kes rompakan sebuah kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput dekat sini 3 September lalu memasuki episod baharu apabila polis menemui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari salah sebuah premis berhampiran lokasi kejadian.

Rakaman kurang tiga minit tersebut jelas menunjukkan empat lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun dilihat melakukan jenayah tersebut pada pukul 8 pagi, 2 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, penelitian pada CCTV itu mendapati tiga lelaki keluar dari kedai emas manakala seorang lagi menunggu di lorong belakang kedai.

Katanya, suspek yang di luar didapati memegang sebuah telefon bimbit dipercayai untuk memantau keadaan sekeliling.

“Polis mengesyaki rompakan itu didalangi individu berpengalaman berikutan modus operandi yang digunakan sangat teliti selain mengetahui susun atur keadaan dalam premis terbabit.

“Terdapat kemungkinan orang dalam turut terlibat kerana penjenayah bagaikan tahu kedudukan CCTV dan menebuk dinding yang menempatkan peti besi menyimpan barangan kemas dengan tepat,” katanya selepas perhimpunan bulanan Polis Perak di sini semalam.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali lelaki-lelaki tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput menerusi talian 05-598 2222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Othman di talian 019-254 9135.

Kosmo! pada 4 September lalu menyiarkan pemilik kedai kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput kerugian ratusan ribu ringgit selepas hampir kesemua barangan kemas di premis berkenaan dilarikan perompak.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm