MOHD. NOOR menunjukkan gelang emas yang telah dikikis oleh empat jurujual Jumaat lalu ketika ditemui di Pasir Puteh semalam.
|
PASIR PUTEH – Seorang petani mendakwa kerugian RM3,000 selepas diperdaya empat jurujual apabila suspek bertindak mengikis gelang emas ketika mengadakan demonstrasi mencuci barang kemas tersebut menggunakan asid dan api penyepuh Jumaat lalu.
Kejadian pukul 3 petang di Kampung Gong Manak, dekat sini itu menimpa Mohd. Noor Idris, 71, apabila barang kemas isterinya, Limah Hassan, 66, yang berharga RM12,600 telah dikikis secara licik oleh suspek yang datang ke rumahnya dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana.
Mengimbau semula kejadian itu, Mohd. Noor mendakwa, suspek-suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita serta dua remaja perempuan datang kononnya hendak mempromosikan barang kemas tiruan yang mereka jual.