Tiga suspek kes samun kedai emas di The Mall ditahan

Barang emas dipakai tak perlu dibayar zakat
March 23, 2018
Pesta barang Emas
Pesta barang Emas
March 23, 2018
Show all

Tiga suspek kes samun kedai emas di The Mall ditahan

04/03/2009 5:04pm
UTUSAN

KUALA LUMPUR 4 Mac. – Polis percaya berjaya menyelesaikan satu kes samun kedai emas membabitkan kerugian RM400,000 di pusat membeli-belah The Mall akhir bulan lalu, selepas menahan empat lelaki dalam tiga tangkapan di ibu negara sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata seorang daripada mereka dibebaskan kemudiannya selepas siasatan mendapati dia tidak terlibat.

“Kesemua mereka yang berumur antara 42 dan 50 tahun itu ditahan di rumah masing-masing iaitu di Jalan Sentosa, Jalan Putra dan Taman Cheras Utama, dalam tangkapan yang bermula sejak pukul 8 pagi Isnin lepas sehingga pukul 7 pagi semalam,” katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Sabtu berkata ekoran tangkapan itu polis berjaya merampas lima bentuk cincin dan lapan jam tangan mewah yang dipercayai hasil samun kedai emas terbabit, beserta wang tunai RM15,000.

“Polis juga merampas revolver Smith & Wesson .38 serta 9 mm, 12 butir peluru hidup jenis .38 dan 9mm yang digunakan dalam kejadian itu. Sebuah kereta Viva dan dua telefon bimbit turut dirampas,” katanya.